Tenang. Sayu. Matamu yang dulu penuh cinta kini syahdu. Tertutup kerana lelahnya menunggu aku. Tertutup kerana menangisnya atas nama aku. Perlahan aku usap pipimu, 'maaf ya sayang? Atas semua perilaku aku'.
Pada malam yang sama, aku menangis perlahan, jiwa aku seakan memberontak. Apa yang aku sudah buat. Kerana aku sudahpun punya seorang wanita yang bikin aku kuat. Aku punya seorang wanita yang mampu bertahan demi aku. Aku punya seorang wanita yang cintanya tak pernah habis buat aku.
Berpaling. Sedikit sesal menyelubungi aku. Sambil aku seka airmata, aku buka pula telefon kamu. Kekunci telefon kamu saja sudah mampu bikin aku berlinangan airmata. Ya. Tarikh kita menjadi satu, akhirnya.
Laju jejari aku pergi ke arah notamu. Tertarik aku pada satu nota. Nota yang bikin aku keluar dari bilik dan meraung. Tertulis didalamnya tentang permulaan kau mengenal dan kita saling berkenalan. Ya, saat itu aku mula hilang kawalan. Ternyata aku punya seorang wanita yang menghargai keras kehadiran aku.
Bulan menjadi saksi, aku menangis mengharapkan aku mati dari terus berada disisi wanita seorang seperti kamu, manisku. Kerana kau terlalu sempurna buat aku. Terlalu sempurna.
At the same point, when you asking are me really love you and i said i do. After all you said again, 'maybe i love you more than you do' and i silence. Because i think it was true since you are the struggle one whenever i've lost.
Sayang, sampai bila kau tidak mahu berputus asa mengharap aku kembali? Kerana aku sendiri rasa bahawa jarak ini terlalu jauh untuk aku mencari diri. Aku tidak mahu kau mematikan diri sendiri sepanjang aku mencari diri. Sayang *menangis* berhenti menjadi sempurna untuk aku kerana aku tidak pernah menjadi sempurna utk kamu.