Keperluan

Untuk melewati badai
Kita perlu terus berjalan
Dan untuk terus berjalan
Perlu kau sisip satu keperluan

iaitu

Kekuatan.

Tuhan

Tuhan
Engkau Yang Maha Tahu
Kau yang memilih setiap jalan untukku
Tak pernah Kau biarkan aku sendiri

Tuhan
Tak ada seutas tali yang aku bergantung
Selain taliMu
Takkan ada satu pintu aku ketuk
Selain pintuMu

Tuhan
Dibawah lindungan Kaabah
Aku serahkan cinta dan jiwa ini
Kembali kepadaMu

Jiwa aku, sunyi

Ketika dunia saling ketawa
Satu jiwa masih kaku,
Kaku kerana hilangnya sinar,
Yang masih dia harap bisa ada.

Kau tahu mana pergi rindu?
Yang perlu aku rasa
Setiap waktu
Tak tahu?

Kau tahu mana pergi rasa?
Yang perlu aku selam
Tatkala dunia menduga
Tak tahu?

Sini aku bicara,
Dalam setiap apa yang aku punya
Hilang mereka disebalik alpa
Jiwa aku yang dulu ceria

Kini dimamah
Sunyi setiap masa