Pahit

Senyum
Tawa
Yang zahir saja
Kau mampu lihat

Tangis
Duka
Kau pertikaikan segala
Tanpa tahu yang sebenarnya

Kerana duka itu terlalu sakit
Kerana sedih itu terlalu perit
Pahit

Cuba

Aku cuba
Eratkan semula
Tiada makna

Akhirnya
Kau lontar aku juga
Terima kasih atas segala

Aku cuba 
Bangkit semula
Tiada sebarang kata

Kau jatuhkan semula
Dengan sepatah saja

Nyawa, zain

Dulu
Aku saja diangkat atas bahunya
Kini
Aku sentuh bahu, mengaduh sakitnya

Dulu
Sakit je aku, tidurnya tiada lena
Kini
Terlantar dia atas tilam kesayangannya

Dulu
Gembira saja aku, berlari terus ke pelukannya
Kini
Aku pasti menangis tika kau mengaduh disuntik doktor

Ayah. Terima kasih atas segala

Manusia

Harini baru aku sedar
Jalan hidup bukannya mudah
Adakala jatuh
Tersungkur

Jatuh aku tiada siapa yang peduli
Bangkit aku ramai yang dengki
Biasalah
Manusia duniawi

Masa kau hina
Pandang pun tak guna
Kini kau kaya
Semua yang ada tipu belaka

Kau dah berharta kot
Ramai lah yang mengherot

--geleng kepala
--manusia manusia

Tahu lah

Harini jiwa aku mati
Tenang kawan
Yang mati jiwa, bukan hati

Hati kental untuk mati
Tapi hati aku kan
Aku tahu lah

Dia belum mati, cuma
Dia terluka--
Biarlah--

Dia pandai rawat sendiri
Hati aku kan
Aku tahu lah

Sekejap

Sayu bukan?
Jika kau bukan pilihan

Sudahlah fikir bukan bukan
Dah termaktub kau hanya singgahan

Teruskan walau sakit
Sekurangnya kau maju kehadapan

Kalau--

Kalau kau bisa rasa
Cinta dan rindu ini
Bukan dusta

Kalau kau bisa tahu
Sayang aku ini
Bukanlah tipu

Nak buat macam mana
Kau tiada rasa percaya
Pada aku

Nak sembang pasal kalau
Babi pun boleh terbang

Cukup

Jika kau
Banding banding aku dan dia
Jika kau
Rasa dia lebih bermakna
Jika kau
Rasa dia lebih setia

Jika kau
Rasa aku tiada apa apa

Cukup. aku bukanlah sempurna.
Insan biasa yang punya rasa
Namun dipijak-- dilontar
Pergilah sayang

Pada dia yang terlalu sempurna
Dimata--
Dijiwa--
Kau

Pesan aku, yang cela inilah yang sentiasa disisi. Sang sempurna itu hanya menanti pasti.
Sudah pasti, yang cela ini dibuang ketepi. Aku sedang persiapkan diri

Mantan

Andai namanya
Masih mampu bikin genang

Andai janjinya
Masih setia kau pegang

Andai wajahnya
Masih kau pilih untuk kenang kenang

Aku jalan dulu sayang
Cari aku saat bayang itu hilang

--brundage

Simpan

Menangis lagi
Aku harap aku bisa pergi
Dari sakit ini
Ah, sesak dada dan hati

Tuduhan demi tuduhan
Perlian demi perlian
Aku terima
Aku simpan dalam dalam--

Aku diam
Dari melawan
Lebih baik aku pendam
Tak--
Takkan sampai dendam


Hati orang

Saat kau hilang diri kau
Datang aku sebagai pelindung
Kau si permata
Jangan sesekali jatuh tanpa hala

Bangkit diri yang mati
Perlahan kau aku pimpin
--aku dah sembuh
Kata kau

Penipu
Ingat aku tak tahu
Kau lihat kebelakang
Tanpa aku tahu

Aku tahu
Tapi memilih untuk berdiam
Kerna aku bisa faham
Aku harap aku boleh lebih faham

Aku buntu
Terlalu buntu
Hati orang
Mana kita tahu

Peduli?

Pinta dia
Jangan lukakannya lagi
Pinta dia
Jangan matikannya lagi

Asyik dia yang pinta
Aku punya?
Dipijak--
Dihenyak--

Kau tahu?

Jangan

Entah kenapa
Aku lihat segalanya dusta
Rindu, cinta
Hanya lakonan semata

Kerana aku bisa lihat
Kau masih ditakuk dulu
Rindu pada yang satu
Masih menanti
Ah, jangan kau tipu

Cuma mahu aku bilang
Aku disini bukan patung
Yang tiada perasaan
Jangan

Jangan kau bohong diri
Jangan kau bohong aku ini
Jangan

Satu saat

Kadang aku juga terjatuh
Bagaimana dia 
Kekal menjadi jaguh

Kadang aku juga kecewa
Bagaimana dia
Boleh gembira tiada luka

Kadang aku juga menangis
Bagaimana dia 
Bisa bermain dalam gerimis

Kadang aku juga gembira
Tika ini
Aku lihat dia
Menanggung seribu duka didada

Jika

Jika aku punya
Satu peluang
Untuk gembirakan kau
Pasti lama sudah aku buat

Jika aku punya
Satu peluang
Untuk ceriakan hari kau
Tanpa jemu aku perbodohkan diri aku

Hanya jika
Aku diberi peluang

Bulan

Jika bulan bisa dicuri
Semua insan pasti nak memiliki
Kerana indahnya cahaya menerangi

Namun
Jika tak dijaga
Dan dibuang merata rata

Cahaya yang berkilau
Pasti suram dan muram

Begitu juga hati, jiwa
Biarkan diatas sana
Agar mereka sentiasa dijaga

Tika perginya mentari

Bosan

Segala alasan
Segala bicara
Segala penipuan

Ahh, aku bosan


Cukup Kau Tahu

Cukup akan apa yang kau ketahui
Jangan diseksa hati sendiri
Yang lama itu biarkan pergi
Aku disini

Yang baru
Yang akan bersamamu
Walau badai datang menerjah
Aku takkan mengaku kalah

Kerana kau
Gadis berlesung senget
Gadis bermata coklat
Satu satunya gadis
Yang aku cintai

Cukup kau tahu
Kau yang aku cinta

Ombak waktu

Disitu tempat tenangku
Yang mana aku cari
Erti diam dan sepi
Melayan halusinasi

Kuat
Hempasan ombak 
Menjatuhkan pasir pantai yang dibina
Sekuat hempasan rindu 
Yang menjauhkan cinta
Demi ombak yang membelai
Demi masa yang berjalan

Hilangnya cinta 
Ombak waktu yang menelan