Entah kenapa
Aku lihat segalanya dusta
Rindu, cinta
Hanya lakonan semata
Kerana aku bisa lihat
Kau masih ditakuk dulu
Rindu pada yang satu
Masih menanti
Ah, jangan kau tipu
Cuma mahu aku bilang
Aku disini bukan patung
Yang tiada perasaan
Jangan
Jangan kau bohong diri
Jangan kau bohong aku ini
Jangan
Dunia ini pentas aku. aku? pelakon untuk dunia. tingkahlaku aku? apa yang akan aku lakonkan. Tuhan? hanya Dia yang berhak menghakimi aku.
Satu saat
Kadang aku juga terjatuh
Bagaimana dia
Kekal menjadi jaguh
Kadang aku juga kecewa
Bagaimana dia
Boleh gembira tiada luka
Kadang aku juga menangis
Bagaimana dia
Bisa bermain dalam gerimis
Kadang aku juga gembira
Tika ini
Aku lihat dia
Menanggung seribu duka didada
Jika
Jika aku punya
Satu peluang
Untuk gembirakan kau
Pasti lama sudah aku buat
Jika aku punya
Satu peluang
Untuk ceriakan hari kau
Tanpa jemu aku perbodohkan diri aku
Hanya jika
Aku diberi peluang
Satu peluang
Untuk gembirakan kau
Pasti lama sudah aku buat
Jika aku punya
Satu peluang
Untuk ceriakan hari kau
Tanpa jemu aku perbodohkan diri aku
Hanya jika
Aku diberi peluang
Bulan
Jika bulan bisa dicuri
Semua insan pasti nak memiliki
Kerana indahnya cahaya menerangi
Namun
Jika tak dijaga
Dan dibuang merata rata
Cahaya yang berkilau
Pasti suram dan muram
Begitu juga hati, jiwa
Biarkan diatas sana
Agar mereka sentiasa dijaga
Tika perginya mentari
Semua insan pasti nak memiliki
Kerana indahnya cahaya menerangi
Namun
Jika tak dijaga
Dan dibuang merata rata
Cahaya yang berkilau
Pasti suram dan muram
Begitu juga hati, jiwa
Biarkan diatas sana
Agar mereka sentiasa dijaga
Tika perginya mentari
Bosan
Segala alasan
Segala bicara
Segala penipuan
Ahh, aku bosan
Segala bicara
Segala penipuan
Ahh, aku bosan
Cukup Kau Tahu
Cukup akan apa yang kau ketahui
Jangan diseksa hati sendiri
Yang lama itu biarkan pergi
Aku disini
Yang baru
Yang akan bersamamu
Walau badai datang menerjah
Aku takkan mengaku kalah
Kerana kau
Gadis berlesung senget
Gadis bermata coklat
Satu satunya gadis
Yang aku cintai
Cukup kau tahu
Kau yang aku cinta
Ombak waktu
Disitu tempat tenangku
Yang mana aku cari
Erti diam dan sepi
Melayan halusinasi
Kuat
Hempasan ombak
Menjatuhkan pasir pantai yang dibina
Sekuat hempasan rindu
Yang menjauhkan cinta
Demi ombak yang membelai
Demi masa yang berjalan
Hilangnya cinta
Ombak waktu yang menelan
Subscribe to:
Posts (Atom)