Mimpi

Duduk aku sendiri
Ditepi titi
Terlihat pada pasangan kekasih
Yang terbuai dalam angan
Aku? Sendiri
Sepi
Tapi apa aku peduli
Bangkit aku dengan percaya
Pada jati diri
Yang aku akan punya
Pemangkin untuk aku terus berlari
Walau dalam mimpi

Tatih

Dalam aku mencari bahagia
Aku sendiri tumbang
Dalam setiap tatihnya

Narsis

Aku cantik!
Semua orang suka aku
Aku ada bentuk badan yang menarik!
Semua orang mahu dekat dengan aku

Tertawa aku
Melihat sang gadis yang bergitu narsis
Sesekali aku sedih
Kerana aku bisa lihat
Seberapa sadis dia akan jadi

Tatkala dia melaung ke-narsis-an diri
Aku bisa lihat syaitan kecil, arjuna
Arjuna yang hanya mahu akan kepuasan
--geleng kepala

Semoga saja kau selamat
Dari nafsu arjuna buas

Bianglala

Gadis 
Apa kau punya 7 warna yang aku suka?
Kerana aku lihat kau saja
Hati aku menari bahagia

Gadis
Apa kau pegang 7 warna yang aku mahu?
Kerana bila aku hampir dengan kau
Hidup aku terang seperti disinari

Gadis
Apa kau simpan 7 warna yang aku mahu?
Kerana bila aku rindu akan kau
Jiwa aku ditiup sang bayu

Gadis
Kerana engkau bianglala aku
Yang takkan pernah hilang
Dari terus menggembirakan aku

Ligat

Aku lihat
Ligat kau berkata
Ligat kau burukkan suasana
Ligat juga kau mencari dusta

Aku diam
Bukan bermakna aku kalah
Diam aku kerana elak berbalah
Sabar aku dah cukup besar

Makin lama kau naik toncang
Makin suka kau hebah dusta
Makin suka kau talamkan muka
Aku? Lihatkan saja

Tapi nanti
Pesan aku, aku bukan Nabi
Yang dibaling batu hanya berlalu pergi
Yang dihina namun senyuman itu pasti

Aku manusia
Jangan sampai tibanya masa amarah
Nabi itu sempurna tapi tidak aku
Masa amarah aku akan tiba

Kau tunggu saja

Sok sek sok sek

Sok sek sok sek
Dia itu dia ini
Senyum sinis aku lemparkan
Kadang riak geli aku lakonkan

Rancak berdua makan daging 
Isinya mentah lagi darah pekat dan likat
Rancak berdua berbual
Isinya tersirat kutukan

Sok sek sok sek
Dia itu dia ini
Kadang terpacul 'ee, hinanya dia'
Sini aku betulkan semula

Sehina dia
Diam tak berkata apa apa
Lihat cermin
Siapa banyak cela

Kerana . . .

Bisikkan malam sering menganggu
Tidurmu lena yang berpenunggu
Ya. Penunggu itu aku

Tiap airmata yang jatuh dipipi mulus
Akan aku lap lalu diganti 
Dengan namanya kebahagiaan

Dalam keluhan saat kau diuji
Bisik aku pesan aku cuma satu
Tuhan menguji kerana engkau mampu