Kau dan Aku

Aku berjumpa dengan kamu 
Dan sepertinya aku sedang kehilangan 
Kehilangan diri aku sendiri
Betapa kau sedang menjiwai aku

Bagaimana jika aku berkata
Kecantikan kau melebihi dunia
Kecantikan kau milik kau saja
Antara nampak atau tidak

Sayang
Kau adalah masa yang tidak aku bisa ganti
Kau adalah harga yang tidak aku bisa beli
Kau adalah kau yang ego tinggi
Tinggi hingga terdetik aku ingin menyayangi
Menyayangi hingga detik terakhir
Hingga detik terakhir

Teruslah berjaya sayang
Tidak aku berharap kau berada denganku
Kerana kau seperti bidadari dongeng
Dan siapalah aku untuk memohon kamu

Moga kamu capai apa yang kau mahu
Dan kamu akan kekal sebagai bidadari aku
Tiada kata yang dapat aku gambarkan
Gambarkan betapa sempurnanya diri kamu

Sayang
Moga kebahagiaan itu milik kamu
Sayang
Moga kesedihan takut membayangimu
Sayang
Moga moga Tuhan tak mengizinkan
Walau setitis airmatamu jatuh

Apatah lagi jatuhnya kerana aku

Masih

Kau takkan pernah tahu.
Tangisan malam ni tangisan pilu. 
Tangisan malam ni punya sendu. 

Kau takkan pernah tahu. 
Takkan.
Kerana apa yang kau tahu.

Semuanya masih palsu.
Masih palsu.

Dengarkan Aku

Aku duduk menghadap langit
Tuhan apa yang Kau sedang uji
Apa kasih sayang yang hilang?
Hilang dari segala percaya? itu?

Aku duduk menghadap langit
Meratap menangis
Tuhan apa lagi yang Kau mahu uji
Dari cinta yang tak direstui ini?

Aku duduk menghadap langit
Tuhan apa lagi Kau mahu uji?
Perasaan dia yang makin terhiris
Atau kasih aku yang semakin terhakis?

Apa lagi Tuhan?
Tak cukup Kau bilang bahagia ini cuma sementara?
Apa lagi yang Kau mahu uji?
Tak cukup kau biarkan dia hanya seketika?

Aku sedang menangis meminta belasmu Tuhan
Balikkan semua, seperti asal.

Huruf

Menarilah huruf dalam minda aku
Sesungguhnya aku amat
Amat merindukanmu
Huruf huruf yang bahagia

Menarilah
Menarilah diatas jari jemari aku
Bahagiakan aku dengan imaginasimu
Bahagiakan aku hanya sementara

Jangan sesekali berhenti
Dari terus menari
Aku sedang kehilangan kamu
Dan huruf derita sedang mengambil alih

Halau lah mereka
Kerana bukan saja tangan aku menaip sengsara
Airmata juga turut hadir bersama

Lembah Derita

Tika sebelah kaki sedang mencari bahagia
Kaki satu lagi tersadung sengsara
Aku cuba bangkit menggunakan tangan
Nyata tak bisa

Dan begitulah aku saat ini
Jatuh terjelupuk mengharapkan simpati
Namun bagi aku tak mengapa
Aku cuba sendiri namun mati

Mati segala langkah yang aku punya
Persis waktu kita sedang sekarat ini
Yang pernah cuba bangkit
Tapi ditampar derita

Kembali aku ke lembah sepi

Aku ingin

Sederhana namun tetap istimewa

Dahulu 
Aku pun ingin mencintaimu dengan luar biasa tanpa perlu khuatir akan balasan yang aku terima. Aku fikir cinta itu sentiasa memberi sampai kau kehabisan segala untuk diri. Namun manusia kekal manusia. Sering lupa akan segala keterbatasannya

Aku mencintaimu dengan terlalu. Sampai aku tak punya cinta, cinta yang tersisa untuk diriku. Maka dengan saat ini, aku mencintaimu dengan biasa saja. 

Sayangnya. Sudahpun begitu aku tetap tak bisa. Aku tetap tak bisa. Atau mungkin ini hanya sekadar aku yang belum terbiasa. Atau aku belum terbiasa untuk mencintaimu dengan sederhana saja

Cinta aku untukmu terlalu luar biasa. Terlalu luar biasa. 

Tanda Noktah, Mati

Aku tanya pada jiwa
Apa parah luka didada
Longlai dia menjawab
Tak mengapa, aku masih sempurna

Aku tanya pada hati
Apa hidup atau mati
Lemah dia berkata
Tak mengapa, aku masih disini

Walaupun tahu apa yang didepan mata
Lalu jiwa dan hati butakan semua
Kerana cinta yang dia punya
Bukan biasa dan tercatat saja

Cinta yang dia punya
Dikhianati tanpa peduli
Cinta yang dia punya
Nyata benar bukan milik abadi

Nyata perasaan yang dia punya
Perlahan lahan, mati