Cinta? Haha

Tidak--
Tak pernah aku fikirkan perpisahan antara kita
Kerna sejak dulu kau yang aku puja
Gembira, ketawa, menangis bersama
Kau lupa?

Cuma sekarang
Aku tertanya
Mampu untuk kau kekal dengan aku bersama
Tika dia dan dia bersama kau
Tanpa aku ketahui

Sayang
Kuat kerna aku disini menanti
Dengan pasti
Yang kau akan setia disisi

Tunggu

Celaka insan yang muncul antara kita
Apa lagi yang dia mahu?
Kau terpatri sudah milikku

Ahhh, bangsat!--

Aku tak suka memaki--

Jangan kau pergi
Aku masih perlukan kau disini
Menanti

Langit Menangis

Pagi dunia
Masih lagi berlaku kejam pada aku
Tekanan apa lagi yang kau mahu?
Tak mahu biar aku tidur

Iyaaa! aku bangkit lah ni

Wahai langit
Kau menangis lagi harini?
Kau terluka?

Ahh, kita sama
Cuma aku tak mampu untuk menangis
Hati aku sudah lali
Tapi sakit tetap abadi

Tindas

Sendiri aku jalani kehidupan
Jatuh bangun aku sendirian

Cukuplah dengan penindasan
Aku penat ditindas 

sendirian lebih bagus dari berteman
hilang aku tiada yang perasan

Saksi

Lupa kau pada yang Satu
Tika megah pegang kekayaan

Dengan riak kau menindas
Orang yang lebih memerlukan

Aku saksi segala ketidakadilan
Bersaksi aku dengan Tuhan
Bangun aku
zaman kejatuhan kau

Lihat kedudukan kau sekarang
Lebih hina dari anjing
Bangsat

Pendusta

Seronok kau bicara dusta?
Semua benda kau nak cerita
Tak cukup lagi kau lihat aku menderita?
Kau tabur fitnah merata.

ahh, tak mengapa
kau lupa agaknya
dunia ini punya kitaran

mungkin kini kau diatas dan berdiri megah
kelak kau yang merangkak menanah

masa tu, ketawa aku berdekah
orang bongkak jatuh menjunam
tanah juga yang kau benam

ludah aku kau jilat.

Pengadilan

Mari aku ingatkan
Kau juga manusia
Sama seperti dia yang taksub dengan dosa
Beza cuma kau kata kau suci
Suci dari dosa

Haha, kau lupa?
Kau juga diangkat dari tanah
Kejadian yang sama
Jadi siapa kau untuk menghakimi insan yang
tarafnya sama dengan kau.

Lepaskan semua tanggungjawab menghakimi pada Tuhan
Dia yang cipta dunia dan manusia
Biarkan dia mengadili setiap ciptaannya
Bukan kau.