Aku ingin

Sederhana namun tetap istimewa

Dahulu 
Aku pun ingin mencintaimu dengan luar biasa tanpa perlu khuatir akan balasan yang aku terima. Aku fikir cinta itu sentiasa memberi sampai kau kehabisan segala untuk diri. Namun manusia kekal manusia. Sering lupa akan segala keterbatasannya

Aku mencintaimu dengan terlalu. Sampai aku tak punya cinta, cinta yang tersisa untuk diriku. Maka dengan saat ini, aku mencintaimu dengan biasa saja. 

Sayangnya. Sudahpun begitu aku tetap tak bisa. Aku tetap tak bisa. Atau mungkin ini hanya sekadar aku yang belum terbiasa. Atau aku belum terbiasa untuk mencintaimu dengan sederhana saja

Cinta aku untukmu terlalu luar biasa. Terlalu luar biasa. 

Tanda Noktah, Mati

Aku tanya pada jiwa
Apa parah luka didada
Longlai dia menjawab
Tak mengapa, aku masih sempurna

Aku tanya pada hati
Apa hidup atau mati
Lemah dia berkata
Tak mengapa, aku masih disini

Walaupun tahu apa yang didepan mata
Lalu jiwa dan hati butakan semua
Kerana cinta yang dia punya
Bukan biasa dan tercatat saja

Cinta yang dia punya
Dikhianati tanpa peduli
Cinta yang dia punya
Nyata benar bukan milik abadi

Nyata perasaan yang dia punya
Perlahan lahan, mati

Mati

Rumput itu kian kekeringan--mati
Kayu itu kian mereput--mati
Besi itu kian terlerai--mati
Dinding yang dulunya utuh itu kian rapuh--mati
Jadi kau fikir hati aku apa
Dinding? Besi? Kayu?
Semuanya akhirnya mati sendiri
Cuma yang berbeda 
Hati aku mati
Kerana cinta yang tak pernah ada
Seksa lalu mati

Masyghul

Berhenti
Jangan kau langkah lagi
Langkah kau hanya bikin aku haru
Langkah kau bikin aku keliru
Jadi berhenti
Lalu aku yakin
Masghul ini akan mati
Nanti

Faktab

Bila kita itu bahagia
Aku harap
Tiada dia dan dia
Yang jadi pengantara
Yang menjadi pengkhianat
Yang menjadi punca
Setiap kanvas indah kita
Dipijak pijak saja
Lalu menjadi sebuah memori
Yang takkan pernah kembali

Cuba

Perlahan
Aku rasa semua rasa itu hilang
Entah kenapa
Tapi aku cuba
Untuk menidakkannya
Aku
Cuba

Sisa

Sayang bukan sedikit aku curahkan
Pengorbanan bukan kepalang aku lakukan
Segala yang kau mahu aku berikan

Adakah salah aku terlalu percaya?
Adakah bodoh kerana aku percaya?
Aku hanya .....
Terlalu sayang....

Kesalahan aku atau kebodohan engkau
Ya
Aku mungkin bodoh kerana percaya
Tetapi
Kalau lagi celaka
Kau khianati segala rasa percaya

Terobek jiwa aku parah
Sakit bukan kepalang
Aku masih cuba bangun
Dengan sisa rasa yang tinggal

Pergi mati segala rasa sial itu
Hati mohon agar kau kuat
Jangan kalah
Jangan rebah
Kuatlah
Demi hari esok dan seterusnya
Sesungguhnya masih ada sayang