Irama

Aku lagukan irama syahdu
Yang dalamnya tertulis akan perasaan rindu
Yang terbuku
Yang sudah lama kau perlu tahu

Aku lagukan irama syahdu
Yang isinga tercatat akan nada lagu
Yang mana mencintaimu adalah perlu
Tapi untuk menghadapi kehilangan kamu
Sungguh aku tidak mampu

Kuat

Perkara merindu adalah ketika aku sedang mengalunkan namamu.
Perkara merindu adalah ketika aku tersenyum teringat momen kita.
Perkara merindu sungguh memberikan aku kekuatan yang padu.
Untuk aku terus bangkit mencipta episod baru bersama cita-cita. 

Tapi aku tak pernah lupa.
Bersama jalan kita yang penuh kebahagiaan.
Pasti ada liku yang akan tiba.
Pasti kita menemui sebuah persinggahan.

Maka kuatlah sayang.
Kerna itu saja yang kita perlukan.
Sayang
Sungguh kehilanganmu bukan inginku
Terlalu bahagia aku tuju
Terlampau bahagia

Sampai satu saat aku lupa
Dalam bahagia akan ada ujian
Pada setiap apa yang aku ada
Dan apa yang sedang aku berhadapan

Sungguh
Perjalanan cinta kita sangat aku sanjung
Sungguh bertuah aku rasa
Mendapatkan kau yang sangat menenangkan jiwa
Kehadiran kau yang bikin hari-hari aku gembira

Sungguh
Cinta yang aku punya sekarang ini sangat luar biasa
Pelukan kau yang menghangatkan jiwa yang sudah lama dingin pada cinta
Usapan kau yang bikin aku lena
Dan kasih, sayang dan cinta kau yang berjaya meruntuhkan dinding ego yang sudah lama meninggi langit

Terima kasih kerana hadir sayang
Terima kasih kerana menghidupkan
Terima kasih kerana percaya aku
Terima kasih, malaikat kecilku.

Ketahui hal ini

Mungkin saja aku tidak penting bagi dia
Mungkin saja aku hanya membebankan dia
Tidak mengapa sayang
Akan aku berikan ruang

Jika kau benar inginkan aku
Tunjukkan dari perilakumu
Buktikan dengan perbuatanmu
Tunjuk, buktikan yang aku penting untukmu

Jika rindu, beritahu aku
Jika sayang, buktikan padaku
Jika perlukan aku, genggam tanganku
Jika inginkan aku, peluk aku seperti nyawamu

Itu saja. Aku hanya perlu penghargaan. Tidak banyak. Sedikit. Asal aku rasa aku berharga untuk, kau.

Sayang.

Aku adalah sang pencinta.
Mencintainya dengan niat yang sederhana.
Namun aku rasa aku sudahpun terlanjur cinta.
Dan dia, bukan aku punya.

Aku adalah sang pencinta.
Yang cemburunya di merata-rata.
Rasa ingin memiliki kian membara.
Ya. Aku ingin kau milik aku saja.

Aku adalah sang pencinta.
Yang gagal melawan emosi.
Yang kalah pada hal yang menghantui.
Ya. Kehilangan kau yang nyata.

Aku adalah sang pencinta.
Yang ingin merayu pada Tuhan. 
Jangan biarkan aku kecewa.
Tapi, aku sudah tak mampu melawan.

Tenang sayang.
Penat aku hanya sementara.
Kau tahu aku tidak bakalan menyerah.
Cuma sayang, aku sudah lelah.

Dengan si dia yang bercerita masa hadapan bersama kau.
Dengan si dia yang gilakan kau.
Apa kau fikir aku mampu lawan?
Aku tiada apa apa sayang. 

Dan untuk memiliki kamu sungguh tidak akan pernah menjadi kenyataan.

Pilihan

Antara aku dan dia
Pilihlah
Buat lah pilihan
Jangan biarkan aku sakit lagi

Apa tangisan pedih ini mampu hilangkan segala sedih?
Apa tangisan malam ini mampu melahirkan senyuman palsu lagi?
Apa tangisan dari jiwa ini mampu kau dengari?

Aku tidak mampu lagi sayang
Sungguh. Sakit. 

Kesakitan yang nyata

Kita sendiri tiada idea dimana kita.
Kita sendiri terpinga-pinga.
Kita sendiri tanpa kata terdiam akan semua. 
Kita sedar akan kehilangan.
Tapi,
Berpura-pura.

Kekasih.
Di mana kita? 
Apa masih didalam perjalanan kamu untuk kamu gapai?
Apa masih menjadi satu kekuatan untuk kamu bangkit?
Duduk semula dan ingat.
Mana kedudukan kita yang kita campakkan. 

Kekasih. 
Apa kita seperti mereka yang lain?
Yang saling merindukan tika berjauhan.
Yang saling menghulurkan tika aaling memerlukan?
Yang saling setia tika saling menggilakan. 
Yang saling menyayang tika dalam perhubungan?

Atau kita saling tak tumpah.
Seperti duri dalam daging?
Yang penuh penipuan tika bersama.
Yang hanya memegang atas dasar kasihan!
Yang hanya ingin atas dasar menggunakan?!

Apa? Kita ni apa? 
Aku
Penat
Kekasih

Sungguh, kesakitan merindu atas rindu yang tidak ikhlas dibalas adalah kesakitan yang nyata. 

Kesakitan mencintai diatas dasar terlalu mencintai namun dipersia juga adalah kesakitan yang nyata. 

Aku tak mahu bahagia.
Jika ini bahagia yang aku rasa.
Aku tak mahu bahagia. 
--menangis
Aku tak mahu bahagia.

Aku tak pernah mahu!!