Al-Fatihah

Dipusara itu aku berdiri
Kaku dan terpaku
Kau yang dulu berada disisi
Kini terbaring sepi

Kau tahu aku rindu?
Menangis aku kerana kecewa dengan dunia
Aku tahu tenang kau disana
Cuma aku tak mampu

Maafkan aku jika rindu menyeksa
Wallahi tiada niat
Cuma memori mencengkam didada
Saat tu jatuh menerjah aku kebumi

--menangis--
Wallahi aku rindu kau angah

#al-fatihah muhammad nazri

No comments:

Post a Comment