Jika aku tiada nanti

Hari ini aku catit lagi
Tentang adanya matahari yang setia menyinari
Tentang bulan yang setia mengiringi
Tentang bintang yang setia mengelilingi

Dan catitan aku pada hal hal yang lalu
Tentang waktu waktu aku
Bersama kau
Tanpa kenal arti bosan atau duka
Ya, ada kau aku bahagia

Sehingga aku lupa segala
Sakit yang makin parah, aku rasa
Sehingga aku lupa bahawa
Aku akan pergi untuk selamanya

Dan segala sebelum terlambat
Aku catitkan segala perkataan
Bila aku tiada nanti
Teruskan senyum tanpa berpaling
Bila aku tiada nanti
Ingat aku dan bait bait kataku

Dan jika aku tiada nanti
Cari pengganti yang benar memahami
Aku takkan bisa ada untuk kau
Aku takkan sentiasa senyum untuk kau
Aku takkan sentiasa menyokong diri kau
Tapi aku tinggalkan segala kekuatan aku
Atas bahumu

Jika sekarang aku ada
Nanti nanti bila aku tiada
Gunakan kekuatan aku
Jika sekarang aku tak lepas genggamanmu
Nanti nanti bila aku tiada
Gunakan perkataan aku sebagai pemangkin

Kau tak layak untuk terus sedih 
Kau tak layak untuk terus sepi
Aku cuba untuk terus
Menjadi sesempurna yang aku bisa

Dan untuk terakhirnya
Aku akan terus menyayangimu
Walau takdir bukan milikku



No comments:

Post a Comment