Keperluan

Untuk melewati badai
Kita perlu terus berjalan
Dan untuk terus berjalan
Perlu kau sisip satu keperluan

iaitu

Kekuatan.

Tuhan

Tuhan
Engkau Yang Maha Tahu
Kau yang memilih setiap jalan untukku
Tak pernah Kau biarkan aku sendiri

Tuhan
Tak ada seutas tali yang aku bergantung
Selain taliMu
Takkan ada satu pintu aku ketuk
Selain pintuMu

Tuhan
Dibawah lindungan Kaabah
Aku serahkan cinta dan jiwa ini
Kembali kepadaMu

Jiwa aku, sunyi

Ketika dunia saling ketawa
Satu jiwa masih kaku,
Kaku kerana hilangnya sinar,
Yang masih dia harap bisa ada.

Kau tahu mana pergi rindu?
Yang perlu aku rasa
Setiap waktu
Tak tahu?

Kau tahu mana pergi rasa?
Yang perlu aku selam
Tatkala dunia menduga
Tak tahu?

Sini aku bicara,
Dalam setiap apa yang aku punya
Hilang mereka disebalik alpa
Jiwa aku yang dulu ceria

Kini dimamah
Sunyi setiap masa

Tawa

Sayang?
Rindu?
Cinta?
Bisa aku ketawa?

Belum kau tahu erti itu
Dah kau kata kau bahagia
HAHAHAHA

Dia ratah kau, mana erti sayang?
Dia ratah kau, mana erti rindu?
Dengan rakus dia dapat
Dengan enak dia menyulam

Sekarang apa?
Mana dia bila tiba bertanggungjawab?
Itu sayang? cinta? rindu?
BANGSAT

--meja pecah--

Kotak hati

Bisa aku berbicara?
Rentetan rindu didada

Aku mahu dengar suara riangmu
Saat dunia menjatuhkan aku
Hey, aku rindu

Bisikkan kata semangat untukku
Sekali ini saja

Aku rindu

Al-Fatihah

Dipusara itu aku berdiri
Kaku dan terpaku
Kau yang dulu berada disisi
Kini terbaring sepi

Kau tahu aku rindu?
Menangis aku kerana kecewa dengan dunia
Aku tahu tenang kau disana
Cuma aku tak mampu

Maafkan aku jika rindu menyeksa
Wallahi tiada niat
Cuma memori mencengkam didada
Saat tu jatuh menerjah aku kebumi

--menangis--
Wallahi aku rindu kau angah

#al-fatihah muhammad nazri

Sebu hati

Hari yang aku nampak kau degan sidia
Celaka hari aku
Kau yang dulu bertaat setia
Kini kau langgar semua

Kau yang langgar
Bukan aku
Kau lupa mungkin

Bangsat, celaka ini perasaan
Airmata ni tak layak untuk kau

--terduduk menangis--
Kau tahu aku rindu bukan?